Login





Lupa kata laluan?
Menu Utama
Wrapper
Undian
Bersetujukah anda tentang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenarkan pul
 
myblog_bannerkecil
moi

Jabatan Penerangan 
 
Berita Terkini
Skrol Berita
 

Artifak PM Pertama Akan Dipamer Semula

Artifak berupa barang peribadi milik Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra akan dipamerkan semula di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini selepas Arkib Negara selesai menyenaraikan barangan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf berkata Arkib Negara juga akan mendapatkan nasihat pakar mengenai polisi barang-barang berkenaan.

"Buat masa ini pihak Arkib sedang menyenaraikannya dan mendapatkan nasihat pakar bagi menenentukan polisi barang-barang itu sama ada ia bersalut emas ataupun emas tulen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Kopi di Angkasapuri di sini, Jumaat.

Semalam Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan kandungan peti besi milik Almarhum selepas mengarahkan Arkib Negara untuk membukanya.

Daripada lapan kotak kayu dan baldu itu yang terkandung di dalamnya, Rais menemui seutas jam tangan, dua kunci emas termasuk satu daripada bekas Datuk Bandaraya New York Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit daripada Yang di-Pertuan Agong keempat Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan daripada bekas Presiden Taiwan Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan.

Di dalam satu lagi kotak terbesar yang berupa kotak logam empat segi berwarna emas, ditemui 23 barang perhiasan daripada emas seperti pen Parker, tulisan Cina yang bermaksud "Umur Panjang", dua bilah gunting, kunci-kunci dan plak bulat yang tertera angka 65.

Mengenai nilai artifak berkenaan, Kamaruddin enggan mengulas tetapi menganggap artifak itu tidak ternilai kerana ia merupakan barang-barang lama yang diberikan pihak negara luar kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat laporan mengikut dasar yang ditetapkan dan memilih maklumat yang perlu disampaikan.

"Berdasarkan inilah (maklumat) kita membuat laporan dalam Parlimen dan kita pastikan sebaik mungkin yang kita juga tak nak tunjuk benda-benda yang tak baik.

"Itulah dasar kita. Kita tidak berat sebelah dalam soal itu. Kita tentukan apa yang kita nak tunjuk. Kita fikirkan itu wajar diketahui rakyat," katanya mengulas mengenai dakwaan RTM tidak menyiarkan secara menyeluruh siaran langsung sesi Parlimen selama 30 minit, sebaliknya dibuat secara berpilih.

Sementara itu, Kamaruddin berkata program "Sembang Kopi" anjuran kementerian berkenaan akan diperluaskan ke peringkat negeri dan daerah dengan dikendalikan pegawai penerangan dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas.

Program itu, yang dilancarkan 5 Jun lepas di Angkasapuri, adalah program berbentuk santai yang menjadi gelanggang untuk kakitangan RTM menunjukkan bakat seni selain membincangkan mengenai isu-isu semasa.

"Konsep program di negeri dan daerah sama dengan apa yang dibuat di RTM Kuala Lumpur...Kita pergi kedai kopi sama-sama, kita buat kumpulan kebudayaan sikit, kita buat persembahan sikit, dan kita bercerita sikit," katanya

Kamaruddin berkata program "Sembang Kopi" di negeri-negeri pula akan melibatkan masyarakat setempat dengan tujuan memaklumkan mengenai dasar-dasar kerajaan dan isu semasa.

Beliau berkata setakat ini Kelantan merupakan negeri pertama yang melaksanakan program itu sejak dua minggu lepas.

SUMBER : BERNAMA, 03 JULAI 2009

 

Keputusan Majlis Raja-Raja Manifestasi Keprihatian Raja Melayu

Keputusan Majlis Raja-Raja untuk menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan), merupakan manifestasi keprihatinan Raja-Raja Melayu mempertahankan undang-undang Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abd Ralip berkata ia adalah isyarat bahawa hal-hal yang berkaitan agama Islam adalah dalam bidang kuasa Raja di negeri-negeri dan sebarang pindaan perlu mendapat pandangan raja negeri itu tanpa melangkau bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"PGSM tegas mengatakan hal-hal berkaitan dengan Islam adalah di bawah kuasa negeri dengan Raja sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing dan sewajarnya sebarang keputusan berhubung sebarang pindaan perlu mendapat pandangan Majlis Agama Islam Negeri sebelum ia diluluskan.

"Apatah lagi undang-undang itu melibatkan akidah seseorang terutama melibatkan akidah anak-anak di bawah umur," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Isnin lepas membuat keputusan menangguhkan cadangan pindaan undang-undang itu supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pada 22 April lepas, kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Mohamad Isa berkata PGSM turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Raja-Raja Melayu kerana amat prihatin dan akan sentiasa menyokong usaha memartabatkan Islam sebagai sebuah cara kehidupan di Malaysia.

"Oleh yang demikian kedudukan itu hendaklah dipelihara agar tidak diganggu gugat mana-mana pihak," katanya dan menambah kata persatuan itu menyambut baik keputusan Majlis Raja-Raja itu.

SUMBER : BERNAMA, 03 JULAI 2009

 

Pembangunan Teknologi Penting Majukan Sektor Pertanian

Pembangunan teknologi amat penting dalam usaha memajukan sektor pertanian di negara ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom.

Untuk itu, katanya kerajaan akan terus memastikan program latihan dan kemudahan berterusan dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat tani dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti.

"Ke arah itu, pakar dan pegawai pengembangan yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani," katanya pada perasmian Ekspo Industri Asas Tani peringkat Negeri Sembilan 2009 di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Datuk Paduka Badruddin Amiruldin dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Yunus Rahmat.

Mohd Johari berkata setiap petani moden yang ingin berjaya sebagai usahawan perlu berpengetahuan luas.

"Bukan sahaja tahu tentang tanah dan tanaman, tetapi juga perkara lain seperti pengairan moden, pengurusan kewangan, pemasaran dan terpenting sekali perlu mempunyai minat dan kemahuan untuk menjadi usahawan agro-tani yang moden dan berpandangan jauh," katanya.

Sementara itu, Badruddin berkata Fama telah merancang dan melaksanakan program pembangunan produk dan penjenamaan, pembangunan saluran pemasaran, pembangunan urusniaga dan pembangunan usahawan pemasar bagi menjayakan industri asas tani negara.

Katanya ini adalah selaras dengan matlamat program pembangunan pasaran industri asas tani untuk meningkat dan memperluaskan pasaran produk industri asas tani di dalam dan luar negara bagi meningkatkan jualan dan pendapatan usahawan tempatan.

SUMBER : BERNAMA, 03 JULAI 2009

 



Get This? Newsflash Scroller PRO for Mambo 4.5.1, © 2004 webraydian.com
INTIPATI PEMIMPIN

8 NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

1.    Penerimaan
2.    Ketabahan
3.    Budaya Kecermelangan
4.    Kesetian
5.    Rendah hati
6.    Meritokrasi
7.    Integriti
8.    Pendidikan

 
KONSEP SATU MALAYSIA

8 Nilai-nilai dalam Konsept Satu Malaysia  

Bahagian 1: Budaya Kecemerlangan

Bahagian 2: Ketabahan

Bahagian 3: Rendah Hati

Bahagian 4: Penerimaan

Bahagian 5: Kesetiaan

Bahagian 6: Meritokrasi

Bahagian 7: Integriti

Bahagian 8: Pendidikan

Baca selanjutnya...
 
NAJIB PERJELAS GAGASAN SATU MALAYSIA
konsep_satu_malaysia
 
Kemalangan Ngeri Yang Meragut Nyawa Melibatkan Bas
kemalangan_ngeri_meragut_nyawa_melibatkan
 
PAKEJ RANSANGAN EKONOMI
1.             Semasa penggubalan Bajet 2009, Amerika Syarikat (AS) sedang mengalami krisis kewangan. Pihak Kerajaan sememangnya telah menyedari situasi yang berlaku di AS ekoran amalan sub-prima gadaian oleh bank-bank komersial AS. Kegagalan peminjam-peminjam yang tidak layak membayar balik pinjaman berkenaan telah menyebabkan berlakunya NPL (non performing loan) atau pinjaman tidak berbayar.
Baca selanjutnya...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterus > Tamat >>

 
 
Gemilang Malaysia
picture5

 

  © 2007 Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Hakcipta Terpelihara.
  Sistem Pengurusan & Analisis Maklumat.
[Disclaimer]
Sistem Pengurusan & Analisis Maklumat.
[Penafian]
Bahagian Pengurusan & Analisis Maklumat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.